Tuesday, August 22, 2006

cerita cerita yang saya rindui....

hai anda semua,
saya sekarang berada di pejabat sayas yg terletak di wisma genting.cuaca di luar dalam keadaan mendung seperti menandakan hari mahu hujan.pasaran saham dalam keadaan yang amat tidak memberangsangkan tatkala semua pelabur berada di dlm keadaaan berhati hati untuk petunjuk minat belian menjelang belanjawan pada bulan hadapan.

hai anda semua,
hidup kita penuh dgn nostalgia yang manis mahupun pahit,teringat saya pada zaman kanak kanak ketika televisyen menjadi sahabat kehidupan saya,ketika astro tidak lagi wujud,ketika radio masih lagi di bawah kawalan kerajaan kecuali siaran 97.2fm dgn lagu lagu permintaan dan ketika itu juga saya menanti lagu lagu yang hit untuk dirakamkan melalui kaset kosong,pastinya nanti akan terdengar suara suara latar belakang.saya teringat cerita cerita dahulu yang menghiburkan saya seperti naik tangga turun tangga lakonan rubiah suparman,tidak ketinggalan juga siri opah yang selalu menjadi pedoman kepada kita semua.anda masih ingat lagi dgn siri filem jepun iaitu oshin.perghh......siri ini saya rasa melebihi tabiat pembikinan filem kerana filem ini mengisahkan tentagn seorang perempuan semenjak dari kecil sehingga ke tua,rasanya siri dia pun melebihi 200 episod.

hai anda semua,
saya juga dahulu teringat episod cerita jepun yang menceritakan tentang pemain bola tampar,kalau tidak silap saya namanya meero attack,cerita yang mengisahkan tentang bagaiman pemain bolatampar ini membuat spike yang terbaik dgn dua kali pusingan ala ala gimnastik dan menjadi tunjang kepada pasukan dia.tidak ketinggalan juga cerita siri jepun yg mengisahkan kehidupan pramugari yang berebutkan teman lelaki, ala cerita ini yg ada perempuan seorang yg tangannya palsu dan setiap kali dia minta belas kasihan pasti dia akan menarik sarung tangan menggunakan giginya.

hai anda semua,
pastinya saya juga gemar menonton siri versi inggeris seperti full house yg mengisahkan tiga jejaka yg membela kanak kanak riang,ala kembar yg skrg ni tgh meningkat naik.selain itu, siri my secret identity pasti menjadi pilihan saya yg mengisahkan kebolehan menbuat kerja dgn pantas menggunakan daya luarbiasa yg dia ada.selain itu, cerita bertajuk V pasti menjadi debaran kita semua dgn makhluk luarbiasa yang memakan mangsa seperti jerung tetapi makluk ini wujud di bawah tanah.

hai anda semua,
siri kartun juga tidak ketinggalan seperti woody weckpecker(ejaan tak pasti), telatah kartun smurfs pasti menjadi gelak ketawa kita yang menunjukkan kampung latarbelakang kan byk cendawan cendawan serta kartun yg berunsurkan warna biru.hahaha,saya teringat juga kepada kartun thundercats.....dengan aksi yang lincah serta menarik pasti jua akan saya ikuti,selain cerita satria baja hitam dan gaban yang menjadi tajuk perbualan bersama rakan rakan.anda juga teringat tentang cerita kartun He-Man....manusia gah yang kuat berserta dengan kartun transformer....isssshhh mmg cerita dahulu lagi hebat daripada sekarang

hai anda semua,
kenangan dahulu mengusik jiwa saya, dengan teringatkan cerita cerita yang pernah saya tontonkan dahulu kala pasti akan membuat saya tawa riang.sekian sahaja coretan saya untuk kali ini,saya ingin makan tengahari bersama rakan saya iaitu rimau......zerassssssssssss.......

Tuesday, August 15, 2006

TELENOVELA.....CBN VS VI

Hai anda semua,
saya sekarang berada di pejabat saya yang terletak di wisma genting iaitu ecm libra avenue securities.mendung diluar membuatkan saya lemah tanpa bicara sama seperti pasaran saham malaysia yang aktif hanya di awal pagi memandang laporan cpi akan dinyatakan lewat tengahari ini.

hai anda semua,
semlm kita bicara tentang awal kehidupan percintaan hairi, malah hari ini akan saya teruskan tentang bibit bibit percintaan nya yang penuh onak serta duri.selepas gagal bercinta dengan wanita wanita di sekolah bbgs, hairi mengorak arus untuk melangkah ke sekolah yang terkenal iaitu convent bukit nenas atau lebih tepat lagi cbn. sekolah yang terletak berhampiran dengan st john ini pasti membuatkan hairi lebih berhati hati memandangkan takut bunga yang akan disunting sudah menjadi "hamba" kepada pelajar sekolah st john ini.

hai anda semua,
bibit bibit percintaan hairi di cbn bermula dengan wanita yang diberi nama ziza, sungguh cantik rupa paras seperti sharifah haslinda semasa awal remajanya.permulaan babak percintaan ini sebenarnya bermula dengan cinta segiempat tepat iaitu antara hairi,fana(bbgs jua),ziza serta cyrus(mat roti john).cinta segiempat tepat disini di definisikan kerana mulanya hairi sedang ingin bercinta bersama fana(skrg sudah berkahwin) dan ziza mula keluar bersama cyrus, dijadikan cerita untuk di adaptasikan dalam realiti, mereka berempat bertukar pasangan tanpa disedari iaitu apabila ziza mendapat tahu bahawa cyrus mula keluar bersama wanita idaman hairi iaitu fana maka dengan gah si ziza pun berkenalan dengan hairi pada waktu yang sama.masih terngiang dalam sanubari saya apabila berjumpa pertama kalinya saya berjumpa ziza ini di rumah hairi dengan tujuan rumah terbuka hari raya, ziza menangis sedih di sudut rumah hairi kerana mendapat tahu yang cyrus sudah dimiliki oleh fana.nah, tangisan sedih dianggap rahmat oleh hairi kerana hairi bertindak menjalankan peranan sebagai lelaki sejati.sebelum terlupa, inilah pertama kali dalam hidup kami,remaja victorian dipaksa memakai baju melayu berserta sampin untuk menghadiri rumah terbuka ini.(khairul paling over kan?)

hai anda semua,
fana merupakan seorang gadis remaja yang menjadi kegilaan remaja melawati,vi serta st john,gah dengna sifat yang sempurna seperti pandai,cantik dan diketegorikan gadis kedua tercantik di bbgs, sifat hairi sanggup melihat fana di hari sukan untuk melihat gaids sunti ini menarik sorak serta tidak lupa juga dengan hairul dengan gaya memakai subang serta topi berjenama billabong sampaikan kami dibertiga disyaki pendatang asing tanpa izin(PATI).
maka,dipendekkan cerita, mula satu episod baru dalam kamus percintaan hairi kerana beliau berjaya menawan hati ziza,gah bersama sama dengna kepandaian,saling bertukar surat,berjumpa di mcd central market,malah ditambah perisa dengan kehadiran sokongan padu oleh kak yoh iaitu seorang daripada ahli ahli kumpulan kami yang tidak rasmi,setiap hari bakal mengeluarkan kata kata cinta,rindu mereka terubat dengna berpegangan tangan malah cinta yang terhebat wujud dlama hati dua insan bernama hairi dan ziza.

hai anda semua,
jadinya manusia untuk kita tahu tentang sang pencipta,cinta yang wujud milik kekal haknya untuk DIA sahaja,kegemilangan serta kejayaan cemerlang hairi dalam spm terus menjadi nadi kesempurnaannya,seperti yang dihebohkan dalam novel cinta.sebegitu jua ziza,terus cemerlang dengan kejayaan sempurna dalam spm,alam dewasa terus mereka langkah dengan jaya tanpa tahu halangan yang bakal dihidangkan.hairi berjaya mendapat mandat di upm dalam bidang perniagaan dan ziza cemerlang untuk merealisasikan hasrat menjadi seorang doktor dan mendapat pas kemasukan di um.pastinya di saat dan ketika, terdetik di hati saya yang hairi dan ziza pasti membina mahligai yang berumahkan impian,bertanggakan kasih sayang dan diceriakan dengan keluarga.

hai anda semua,
cinta pelik untuk ditaksirkan,malah pelik untuk dikatakan serta payah untuk dikatakan,amaran yang lepas tidak serik untuk diinsafkan, percintaan mereka dilanda badai di akhir akhir waktu kejayaan,sekali lagi tercalar dan terguris kawan saya yang sentiasa tenang untuk dikatakan,begitu jua cekal hairi melangkah arus dunia yang pasti membuat kita sedih menghadapinya tetapi tersenyum mengingatinya.......

hai anda semua,
telenovela saya sampai di sini jua,pastikan anda terus menunggu waktu untuk saya coret serta sejarahkan kisah telenovela seterusnya iatu mengenai hairul yang terkenal di zon sri aman.saya hendakbersiap untuk waktu makan tengahari ..zerasssssssssssssssssssssssss

TELENOVELA...BBGS VS VICTORIA INSTITUTION

hai anda semua,
saya sekarang berada di pejabat saya yang indah permai di wisma genting.cuaca yang mendung diluar membuat kan mata saya ingin terpejam tatkala pasaran saham masih tidak menunjukkan daya tarikan yang padu untuk para pelabur membuat pelaburan,dalam erti kata lain para pelabur masih lagi menunggu reaksi positif tentang belajawan serta etika politik yg melanda negara kita.

hai anda semua,
girang ertinya gembira,dengan keadaan cuaca yang mendung diluar seperti melambai lambai kenangan yang kiranya bisa menggamit dalam kehidupan kita yang meningkat dewasa, telenovela yang agak tragis serta gembira pasti akan menghiburkan kita semua hendaknya.telenovela ini berlaku kira kira 14 tahun yang lepas ketika kami kumpulan gagak hitam biasanya terdiri daripada golongan golongan yang kacak seperti hairi(ketua kumpulan ala ala faizal hussein dlm gila gila remeja cuma tak reti tunggang motor je),saya sendiri, hairul yang setia untuk diminati,fazly yang masih menunggu cinta sejati,zarouk dengan kenakalan seperti adik manja serta yang lain lagi.

hai anda semua,
kisah hairi pasti mencuit sanubari di ruang kehidupan kita semua.seorang lelaki yang gah di puja, mempunyai ciri ciri lelaki idaman seperti di lagukan oleh melly goeslow, mula mengenal cinta bersama bunga yang sedang enak berkembang di perkarangan sek bukit bintang(skrg telah menjadi tapak pembinaan) iaitu farhana.cinta mula berputik segar apabila si gadis ini telah perkenalkan kepada hairi oleh saya sendiri kerana ketika itu hati saya dipegang oleh bunga yang berada di taman tun.dari perkenalan membawa kepada cinta,dari cinta membawa kepada sayang sehingga masing masing seperti hidup di alam yang dipenuhi oleh bunga bunga cinta,percintaan mereka menjadi runcing apabila kedua dua mereka menaiki bas sekolah yang sama,dalam erti kata lain sentiasa bermadu kasih,cinta dan rindu.tilikan kami semua jika jodoh mereka panjang,akan ku ijabkabulkan mereka di dlm bas sekolah itu juga.hairi menjadi pencinta yang setia,segala pengorbanan yang wajid dilakukan oleh kaum adam, pasti dilaksanakan apatah lagi tajuk percintaan mereka menjadi bualan hangat antara pendengki pendengki.farhana,gadis riang,manja pasti membuat kita semua syahdu kelayuan apabila melihat wajahnya,digandingkan bersama dengna lelaki anak manja iaitu hairi,kata orang bagai pinang dibelah dua tetapi pepatah sekarang mengatakan bagai telefon dengan bimbit yang tidak pernah terlepas dari bimbitan kita.

hai anda semua,
dunia percintaan amat indah untuk diabadikan, malah lebih senang untuk di curigakan, tatkala percintaan mereka ini, mereka dipisahkan dengan halangan yang besar iaitu hukum alam yang biasa kerana hairi bersekolah di watu pagi,malah farhana bersekolah di waktu petang,maka si hairi iaitu hero yang gah dgn kehebatan kata manis, sanggup bercuti atau erti kata lain, ponteng tanpa izin,malah kelibat hairi akan pupus selepas waktu rehat.(sanggup kau ponteng sek bro?).nah!seperti saya jasadkan sebentar tadi,cinta mereka ini mmg gah dgn romantik,sombong dengan perasaan malah pasti hangat dengan perasaan....si hairi juga sanggup untuk menulis sajak untuk si farhana dan begitu juga sebaliknya(yg ini aku tambah perisa sikit).

hai anda semua,
kita sangka kan hujan sampai ke malam untuk tidur yang lena malah takdir tuhan menyatakan hujan berhenti di petang hari,cinta mereka mengalami pergolakan krisis normal iaitu si bunga di mula berubah sikap apatah lagi si bunga mula menjadi gah kerana kecantikan yang bersifat sementara.hairi mula sedar akan cinta,kasih dan sayang yang dinobatkan bersifat fana, si hairi mula tersentak dgn sikap yang manja dan rindu bersifat sifar, maka hairi mula menyanyi lagu janji tinggal janji yang dipopularkan oleh kumpulan kru.rindu menjadi sengsara,senyuman menjadi tangisan,cinta menjadi benci..itulah adat percintaan manusia biasa,segala pujuk rayu telah dikatakan,segala kenangan manis mula diungkit,selaga janji janji mula diminta balas,maka si hairi sedar yang cinta itu milik orang lain

hai anda semua,
manusia akan serik jika terpatah tangan,manusia akan insaf bila membuat dosa,manusia akan menangis bila sedar apa itu sedih,tetapi manusia tidak pernah serik jika putus cinta, hairi melalui liku liku kehidupan seperti biasa dan sekali lagi hatinya terpaut kepada wanita yang masih sekolah yang sama iaitu di beri nama katrina(nama awek dia mmg na na kat belakang).wanita ciri ciri pakistan ini membuatkan hati cair seperti minyak sapi,dengan senyuman yang menawan,dengan rambut yang panjang,gah untuk diperawekkan.kathrina mula jatuh cinta dengan perbualan telefon hairi,apatah lagi setelah berjumpa teruna yang memiliki segala galanya termasuk pakaian yang berjenama billabong,rip curl, quicksilver dan pelbagai lagi pasti membuat jelitawani angkuh melihat.

hai anda,
sekali lagi, cinta mereka terpaksa dikuburkan kerana katrina memiliki sifat tamak bercinta,padah menanti apabila saya menjadi mangsa membawa hairi menaiki kereta ke rumah katrina walapun daripada segi umur saya tidak memiliki lesen yang sah.maka sekali lagi hairi menjadi mangsa hati terluka buatan orang maka sekali lagi nyanyian lagu janji tinggal janji menjadi siualan kami apabila pulang ke sekolah berjalan kaki daripada vi ke bus stand klang,nyanyian merdu telesuk di hati hairi dan sekali sekala hairi menitiskan air permata tanda sedih terkenang orang yang di sayangi...

hai anda semua,
sekian sahaja cerita saya mengenai kehidupan yang menjadi gelak ketawa kami sekarang,saya ingin pergi menghisap rokok di bawah,pastikan anda menanti telenovela bahagian dua iaitu cbn vs victria institution.......zerassssssssssssssssssssssssss

Thursday, August 03, 2006

Sepetang di Zoo Negara.....

Hai anda semua,
Saya sekarang berada di pejabat saya yang terletak di wisma genting.sekarang ini jam menunjukkan pukul 9.17 pagi. keadaan di pejabat saya sangatlah sejuk sekali kerana cuaca yang mendung diluar seperti memanggil sang selimut untuk meliputi badan.pasaran saham tidak menunjukkan aktiviti untuk menarik minat belian memandangkan semua pelabur masih menunggu berita berita sensasi untuk belanjawan kelas di september.

Hai anda semua,
pada hari sabtu yang lepas bersamaan 29 julai 2006, saya dan rakan rakan saya telah membuat lawatan sambil tergelak iaitu di zoo negara.aktiviti ini bertujuan untuk meninjau kepelbagaian binatang yang masih ada di zoo negara setelah hampir dua puluh tahun kami tidak menjejakinya. lawatan ini diketuai oleh guru penatia sosial iaitu abg rogus yang segak berambut perang buatan manusia berpakaian lengkap dengan berbaju tshirt serta berseluar pendek dan kasut sukan berjenama adidas.selain rogus,lawatan ini juga diiringi oleh saudara hairi yang kelihatan amat gembira sekali kerana apabila saja sampai dia pergi membeli aiskrim yang nampaknya enak serta lazat.lawatan kami bermula pada jam tiga setengah petang.

hai anda semua,
zoo negara terletak di taman melawati,dengan harga tiket bernilai rm10 anda pasti akan teruja melihat kepelbagaian binatang binatang yang hampir semua ada kecuali ikan jerung,lipas,cicak serta semut walaupun hampir puas kami meneroka kawasan tersebut untuk melihat sendiri binatang terutamanya nyamuk yang dikatakan menjadi musuh utama manusia.keadaan semasa lawatan tersebut disyahdukan dengan deruan hujan yang membasahi tubuh kami pada awal perjalanan kami.dengan nada riang dan gelak ketawa melihat sendiri semua hidupan yang sesetgh bergelar herbivor,karnivor serta omnivor segala informasi yang terkini pada zahirnya ada yang kami kurang pasti namanya pasti akan terubat dengan kenyataan yang telah di jasadkan pada papan kenyataan.

hai anda semua,
gahnya, zoo negara hanyalah indah khabar dari rupa,keadaan kawasan seluas yang nilai kaki persegi saya tidak pasti,sungguhnya tidak terjaga selain kurangnya binantang beserta dengan kurangnya sihat binatnag binatang peliharaan menjadi buah mulut di antara kami terutama hairi yang kian menunjukkan sifat keriangan serta kebolehan membuat lawak lawak yang rasanya diketegorikan sebagai lawak bernas terus menghilangkan syahdu kawasan tersebut.setelah hampir satu setgh jam kami berjalan dengan kederat yang dianugerahkan,kami berhenti makan sambil berhibur di marry brown yang rata ratanya penghuninya kurang daripada populasi binatang binatang di zoo negara selain makanan yang kurang enak pasti akan menganggu siratan makanan manusia seterusnya akan merosakkan ekosistem kemanusiaan.

hai anda semua,
dengan kekecewaan akhirnya terubat apabila melihat sang binatang yang melompat lompat iaitu sang kera dan monyet membuat kami berasa riang seperti udara yang dihela oleh sang pencinta.hairi dan rogus menunjukkan muka yang berbaloi apabila melihat mereka dan aksi aksi lincah mereka yang pastinya lebih lincah daripada pemain bolasepak liga msia.maka kami akhiri dengan senyuman dan tawa riang lawatan sambil bersosial ini.

hai anda semua,
sekian sahaja untuk bingkisan laporan kali ini,saya hendak pergi menghisap rokok......zerasssssssssssssssssssssssssssssssssssss!

Thursday, March 23, 2006

HARI INI HARI JUMAAT........

hai anda semua...
saya sekarang masih berada di pejabat saya iaitu ecm libra securities yang terletak di wisma genting, kuala lumpur.pejabat saya sekarang ini kekurang orang kerana masing2 mahu menghabiskan cuti untu ktahun kewangan 2005/2006 maka dengan ini saya dalam keadaan amat sejuk.pasaran saham keadaan menunjukkan prestasi yang amat kritikal kerana berada diparas halangan 930 mata maka marilah kita sama sama berharap agar pasaran akan berjaya melepasi halangan 930 mata untuk kebaikan ekonomi malaysia mahunya.

hai anda semua....
hari ini hari jumaat maka semua lelaki yang masih ingat agamanya akan pergi menunaikan solat jumaat. teringat saya sewaktu sekolah dahulu kerana hari jumaat adalah hari yang dinanti nanti kerana kami semua mahu pergi ke a&w untuk minum root beer bersama sama tetapi sebelum itu gelagat semua rerakan soleh saya pasti menggemparkan suasana perjalanan jauh kami menuju ke masjid negara.

hai anda semua.......
hari ini hari jumaat maka waktu makan tengahari kita semua dilanjutkan.ada byk kesempatan yg boleh diambil pada waktu makan tengahari ini terutama golongan hawa yg pasti akan menyerbu pusat membeli belah untuk melihat lihat tetapi hanya pulang dengan beg plastik asam mahupun kuih muih.(sebelum pergi beriya iya mcm nak beli byk barang......cis)

hai anda semua........
hari ini hari jumaat maka jln tar pasti dipenuhi oleh pelbagai kaum dan pastinya tukang karut marut mula menjual pelbagai barang barang yg agak pelik tetapi tidak benar.sebagai contoh pastinya minyak urut untuk kesejahteraan rumahtangga, cincin hikmat sakti,sabun untuk menghilangkan karat,pasti akan ada ialah madu lebah.....pelbagai jenis dan rasa yang datangnya daripada pelbagai pelusuk hutan.......byk juga lebah di malaysia ini kan.

hai anda semua.......
hari ini hari jumaat maka selepas pulang waktu kerja jalan jalan disekitar kuala lumpur pasti akan sesak kerana sebab sebab yang tidak diketahui oleh kita semua apatah lagi polis trafik.yang pasti semua orang mahu pulang cepat......

hai anda semua........
hari ini hari jumaat maka kita akan lihat kaum adam kebanyakkan akan memakai baju melayu tetapi separuh sahaja dan tidak kurang juga yang akan memakai t-shirt ataupun kemeja lengan pendek......pastinya byk kaum hawa akan kelihatan ayu kerana memakai baju kurung...al maklumlah jumaat kan tetapi tudungnya maner????adussssss........

hai anda semua........
semoga anda menggunakan hari jumaat sebaiknya kerana hari yang rasanya semua orang akan ternanti nanti seperti jumaaat ini hari untuk orang "bersuka ria"maka anda sahajalah yang tahu apa kebaikaqn hari jumaat ini....saya mahu turun ke bawah pejabat saya untuk melihat gadis gadis ayu memakai baju kurung..........PEWITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Wednesday, March 15, 2006

makanan kegemaran........

hai anda semua...
semoga anda semua yang membaca blog saya ini sentiasa dlm keadaan yg sihat sejahtera hendaknya.saya masih lagi berada dipejabat saya di ecmlibra securities menunggu masa yg tepat untuk berpindah ke bukit damansara. Rasanya penggabungan antara ecmlibra dan avenue ini akan membawa lembaran baru untuk pasaran modal di negara kita di utk mencapai wawasan 2020. Pasaran skrg masih berada di paras yang agak kritikal sama ada masih menunggu laporan laporan positif tentang syarikat2 berkaitan kerajaan ataupun GLCs co.

Hai anda semua,
cuaca diluar seperti memberi petunjuk hari akan hujan dengan keadaan yg longlai seperti diri saya ini yg rasa kurang mendapat tidur yg sempurna tambahan pula penghawa dingin di pejabat saya ini juga sejuk sperti di dalam kapal selam.Jam tangan saya skrg ini menunjukkan waktu tepat pukul 12.17.37 kurang seminit daripada waktu di radar komputer saya.teringat saya pada waktu tengahari iaitu masa untuk kita semua pergi makan tengahari ataupun bak kata melayu pelupa "lunch".

hai anda semua,
saya rasa kita semua mempunyai selera yg berubah....anda tunggu sebentar saya cuba untuk bertanya kawan kawan saya tentang apa dalam fikiran mereka untuk mereka menghadap mkn tengahari mereka.....beri saya waktu seminit .......................

rogus:aku tak tahu la bro...aku tak fikir lagi....(tapi saya rasa mamat ni mesti makan makanan barat punya....saya pastilah...)

hairi: aku nak dtg area2 wisma genting......aku terfikir nak makan mee goreng....(pencinta taugeh yang terhebat....sebenarnya hairi ni kalau dia pesan nasi lemak pun dia akan pesan nasi lemak takmau taugeh..entah kenapa dia benci taugeh.....nanti saya buat kajiselidik)

harlinie:dgn suara merdu.....i tak bole join korang lunch....i terfikir nak mkn pizza la..(sama mcm rogus.....tengahari suka makan makanan barat......)

basrol:aku kat cosway...turunlah...aku makan nasi dgn ikan keli(perghh...menariknya saya mendengar makanan si basrol nih.......)

rimau:aku kat pelita ni...tapi aku lunch abis pukul satu.....aku makan nasi dgn lauk ayam hitam(masak kicap) dgn sayur kobis...minum teh o suam....aku dah selalu kat sini fai..harga dia pun aku dah hafal...rm5.90 tapi kalau aku tukar selera ambik sotong rm6.50..kalau kau keluar pukul 12tgh hari aku dgt sini..mesti aku ada..(mamat nih mmg penggila mamak....tak kisah memana tapi hati dia mesti kat mamak....tanya sepatah tapi jawab lebih drpd 80patah perkataan)

hai anda semua.....
gelagat rerakan saya kekadang membuat saya tersenyum gembira dan merdu..tambahan apabila berkata dan menjawab dgn si rimau dah hairi.....pasti ader saja untuk diperkatakan......saya selama 4 tahun bekerja saya sudah tidak tahu apa untuk dihadapkan sebagai santapan saya di waktu tengahari maka dengan ini saya tidak akan makan untuk tengahari ini...selamat menjamu selera untuk kawan kawan ku......ZERASSSSSSSSSSSSSS

Monday, March 06, 2006

SAYA MUNCUL SEMULA!

hai anda semua,
saya muncul kembali!saya seperti fairul yg dulu malah untuk sekian kali saya rasa kekuatan yg ada pada jasad saya seluruhnya.Saya sekarang ini berada di wisma genting di pejabat yg sama malah mungkin di sekitar bulan jun nanti saya akan berpindah ke bukit damansara.pasaran saham seperti yang dijangkakan akan mengalami susutan kerana beberapa faktor dalaman seperti harna minyak naik sebyk 30sen dan selain itu juga ura ura yg inflasi kita juga akan meningkat dlm suku tahun yg pertama ini.

hai anda semua,
apa khabar agaknya rakan rakan diluar sana...sudah lama kiranya kita tidak seperti dulu...basrol ,zarouk,faraya,hairi,fazly,rimau dan rogus yg sentiasa ceria selalu.hmmm....kita sudah meningkat 26 tahun ye kawan kawan ku....rasa baru semlm kita meninggalkan alam persekolahan yg sungguh ceria malah satu kenangan yg manis seperti dunia ini hanya kita yg punya. terbongkar pelbagai rahsia daripada hari ke hari bagaimana kita menjalinkan kehidupan yg agak terbaik dlm usia kita pada masa itu.Arghhh..........kita lupakan yang sejarah...kita berdepan dgn suatu yg akan membawa kita belajar daripada kenangan dan sejarah kita. kita mampu melakukannya.....

hai anda semua,
SELAMAT DTANG SEMULA KE LAMAN BLOG SAYA.SAYA INGIN ANDA SEMUA UNTUK MEMBERI BEBERAPA TAJUK YANG PENTING UNTUK SAYA CORETKAN DILAMAN SAYA INI.SAYA CERIAKAN ANDA DI PEJABAT,RUMAH MALAH DIMANA SAJA ANDA BERADA!!!!!

Thursday, May 12, 2005

KENANGAN SILAM..

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua...

saya skrg masih berada di pejabat saya di ecm libra securites yang terletak di wisma genting.pejabat saya cantik kerana bertemakan warna kemerahan yg garang.nasib baik saya suka warna biru kalau tidak tentu saya akan tidur di pejabat.saya tidak ada kerja skrg kerana pasaran menunjukkan tanda tunggu dan lihat ke atas pernilaian semula matawang negara china iaitu yuan.

saya skrg tgh merehatkan diri saya di meja yang yg kurang berselerak ini.saya juga sedang mendengar lagu di komputer saya dan tiba2 saya teringat lagu zaman saya muda muda atau zaman saya kecil lagi.anda masih ingat lagu lagu yg menjadi siulan anda semasa kecil.baiklah mari kita mulakan semasa saya sekolah rendah.lagu pertama menjadi siulan saya dahulu ialah lagu wings seperti taman rashidah utama dan lagu bloodshed hmmmm lagu srikandi cintaku.uisshhh terasa nak menyanyi pula la di pejabat saya skrg.selepas itu anda masih ingat kumpulan ilusi..hmmm mcm boleh tahan juga lagu dia dan tidak lupa juga kepada lagu ibnor rizal dan sheedee......lagu sheedee ialah lagu "sayang semuanya sudah terlambat"...entah la saya hampir lupa la.tidak lupa juga kepada kumpulan search iaitu isabella dan fantasia bulan madu serta gadisku....uisshh layan dulu sebab abang saya akan bermain gitar dan saya akan menyanyi dgn penuh perasan.
terima kasih juga kepada kumpulan graviti...kau salju cintaku kalau saya tak salah la....uishhh zaman itu mmg penuh perasan kerana zaman cinta monyet mula tersebar dlm hati sanubari.lepas itu muncul juga kumpulan gamma......sofea...kumpulan hmmmmmm ha..kumpulan wow..."tanpamu.....akulah yg rindu" ishh bestnya lagu itu.ha...lagu medicine pun layan gak..tika dan saat ini....lepas itu kumpalan apa ntah yg nyanyi lagu mei hwa......tapi zaman itu saya tidak ada kawan cina yg lawa kalau ada pun semua budak sekolah rendah saya tak mahu berkawan kerana mereka mkn b#b#.
selepas meningkat tahap kedua sekolah rendah...jiwang mmg tak tahan.....saya dulu selalu ada peminat hantar surat kat bwh meja saya...adusss kacak juga saya dahulu rupanya.saya layan pula lagu hattan..memburu rindu..dan juga lagu lagu spring..sampai hati dan juga selepas itu mereka popular lagu sejiwa...adus lirik menikam kalbu ..tahniah kepada mama juwie kerana lirik yg layan."pada irama ku berpesan lagu ini ditujukan kepadanya tersayang...ku ingin selalu disampingmu...tiap waktu siang melambai mlm...".layan juga kepada kumpulan mega dan juga kumpulan blackrose.....(rogus suka lagu ini bersama lagu kumpulan gersang).
zaman saya darjah enam minat pula kepada kumpalan barat..new kids on the block.....wakakakkakaka step by step.....zaman itu mereka yg membawa "walkman"akan sentiasa mendengar lagu itu dan utk menjimatkan beteri mereka akan mengulang semula lagu itu menggunakan pen atau pensil..bijak la bebudak zaman dulu.lepas itu layan pula lagu 4u2c..rap mengambil alih zaman rock perlahan..muncullah lagu fiona berserta kru..lagu sherina..adus saya tak ingat lirik la.......saya masih ingat rimau menari lagu fiona kat kelas satu hijau di vi dahulu.comel la awak masa itu.
alamak saya terlupa lagu kumpulan dinamik...."sayang secebis kenangan..cinta yg mengodai badai"ha ha layan gila la kawan2 dan juga lagu kumpulan laksaman,kris dgn tiara.......sedap betul bukan mcm lagu seperti lagu newboyz dan seven signs(zek zaidi..kwn baik hairi).

apa lagi lagu yg menjadi siulan saya masa dulu ya???nanti la saya fikir semula.saya hendak minum nescafe dimeja saya.terima kasih kepada kak mah kerana membuat air untuk pekerja di ecm libra........hmmmmm best la nescafe ini!slurrrrrrrrrppppp

p/s:
hairi-mekar di hati(may)
rogus-masih aku terasa(gersang)
rimau-fiona(4u2c)
fazly- pusara dilebuh raya(ekamatra)