Tuesday, April 26, 2005

sembang-sembang

hai anda semua.......
saya masih lagi di pejabat saya yang masih lagi cantik dan hari ini mmg sejuk kerana sang matahari tidak kelihatan.semua orang di pejabat saya gembira hari ini kerana bulan dipenghujungnnya.apa la agaknya topik yang saya akan bincangkan pada hari ini....hmmmm saya tidak ada idea la.....apa ya????anda mahukan serius atau mahu yang sedih atau anda mahu yang boleh membuatkan anda ketawa.......

tidak mengapa kerana hari ini saya akan cuba membuat anda berasa terhibur apabila anda membaca kisah saya.kisah yang saya akan ceritakan adalah cerita mengenai pengalaman pada masa sekolah menengah.saya dahulu berjaya mendapat 4A dlm upsr walaupun bersekolah di padang tembak satu.saya agak kecewa kerana ditawarkan masuk ke dalam sm victoria(vi)..kalau tidak mesti saya sudah memiliki motor utk berlumba setiap mlm sabtu kerana saya akan bersekolah di sm padang tembak.
hari pertama masuk ke sm victoria saya agak gementar kerana takut la bersekolah dgn org2 bagus dan pandai..awak semua tahukan mcm maner berlagaknya victorian...saya masih terbayang dlm sanubari saya apabila berkenalan dgn budak srk gurney....nama dia shahril(nama intro ) lepas itu saya terus berbisik didlm hati saya...(kurang ajar la si shahril ni..tangan basah lepas itu salam orang).selepas taklimat saya pun dimasukkan ke dalam tingkatan satu hijau dan saya menjadi seorang yang hidung kembang kerana dilantik menjadi ketua kelas....(berlagak sikit la)seronok sangat saya kerana berjaya memakai lencana besi(bukan semua boleh pakai lencana besi)..lepas itu saya terpaksa memakai tali leher pada setiap hari..bosan la...mcm terjerut leher tapi tidak mengapa kerana saya seorang yang kacak....anda semua jgn la gelak .......dahulu saya kurus kerempeng...sekarang saya berisi sedikit tetapi masih kacak lagi.
selepas itu saya berkenalan dgn seorang yg dikatakan kegilaan semua murid-murid perempuan di zon keramat iaitu ketua murid sekolah gurney satu(kalau tidak silap)..nama dia hairi....alamak muka masa tingkatan satu..ehhwahhhhh cute gila...patutla dahulu dia terkenal di zon keramat.saya pun bermula berkawan dengan dia dan boleh dikatakan rapat.....sebab dia pun nak tumpang "terkenal" saya juga.(dulu saya pun mcm dia tapi saya terkenal di pdg tembak dan polis depot saja).
masa berlalu dgn pantas mcm angin sepoi sepoi bahasa...saya terperasan hingga di tingkatan tiga.masa itu saya adalah sebuah kumpulan yg lahiriah dia mmg utk golongan yg kacak sahaja iaitu saya...hairi...zarouk...fazly.....chairolanwer...darid....rimau..dan kepong dan seorang lagi (sorry nama dia telah di senaraihitam oleh ahli kumpulan kami).seramai sembilan org ini kami berjumpa setiap hari sabtu di lot 10 pd pukul 1.30 ptg.memakai pakaian yg berjenama quicksilver.....entah la saya pun dah tak ingat la..tapi anda semua tahukan..pakaian terkenal dizaman 1995.kamai akan melepak di lot10 ..mkn...main dytona....saya tahu hairi selalu dpt nombor terakhir diantara kami dan perkara ini berlanjutan sehingga entah la tingkatan empat kot.ha ha ha...chairolanwer seorang yg dahulunya saya tidak suka melihat rambutnya kerana tidak boleh dibetulkan walaupun menggunakan jari...zarouk.....kwn saya yg suka menyepak mangsa buli di sekolah iaitu karman,gani dan mazene lalu melarikan diri(mcm kes langgar lari).saya juga pernah menjuarai pertandingan mennunjukkan bakat pada akhir tingkatan dua kerana menyanyikan lagu "tiba lah" KRU bersama fazly dan zarouk..(malu gila).
apa lagi pengalaman saya diwaktu sekolah menengah.....oh ya..saya ada seorang guru bernama faadan...dia ajar ilmu hisab dan selalu memaharahi kami kerana tidak membuat kerja rumah....tidak membawa buku teks sehingga kami terpaksa berjalan itik....duduk di dlm bulatan yg dia lukiskan.....dan pelbagai lagi.ada juga murid didlm kelas saya yg mengangkat tangan lalu memberitahu kepada cikgu faadan .."cikgu..saya nak kahwin la"ha ha ha ha ha jahat sungguh murid itu. saya juga masuk pancaragam kor kadet victoria...hansem tau saya pakai baju pancaragam lalu saya terkenang rogus dahulu bermain clarinet...(cute gila...)tapi team clarinet itu hanya utk yg jambu jambu sahaja kerana jurulatih dia orang kata meminati kaum sejenis..ala ala michael jackson..
semasa di tingkatan empat...saya mula rapat dgn basrol.....warga vi memanggil dia "bangkai VI" kerana dahulu dia berlagak hendak memasuki sekolah teknik tapi muncul semula di vi selepas sebulan di sm teknik.(poyo la awak basrol).dia juga pernah dgn lantangnya menegur guru pasal cikgu itu tidak memakai tudung dgn betul(nakal la awak ni).
saya juga pada masa itu seorang yg setia mendengar gossip2 yg dilakaukan oleh chairol,fazly,zarouk dan hairi.anda semua ada pasangan kekasihkan pada masa itu......cinta monyet tapi chairol cinta setia kerana telah berkahwin pun..hairi..hmmmmmm susah utk ditulis menggunakan keyboard ini.
saper lagi yg saya mahu cerita lagi.....alamak saya na kbersin la pulak............ha.....dah bersin pun...campak penyakit...
oleh itu sekian sajalah.....saya hendak pergi menghisap rokok yg baru saya beli pagi tadi.......smile.........................ta ta

3 Comments:

Anonymous elberamirez said...

oi.cikgu mane yg kena sound tak pakai tudung bebetul tuh?

12:26 AM  
Blogger jennifer said...

giler kelakar la penulisan awak nih..ape nama cikgu BM awak kat VI dulu..?

10:21 PM  
Anonymous bunny said...

oo patutlah dulu kencing member kata penari lru.. kuikuikui.. begitu rupanya

12:38 PM  

Post a Comment

<< Home