Sunday, April 24, 2005

TENTANG AKU........

nama saya fairul nizam bin che rus.kawan kawan panggil saya..hmmmmm ada yg panggil fai atau fairul tapi saya memang tak kisah asalkan org semua tidak memanggil saya bodoh atau b##i.saya sekarang berumur 25 tahun setelah menyambut ulang tahun kelahiran saya 12 april yg lepas.saya sungguh seronok pada masa itu.saya bercita cita hendak menjadi polis tetapi entah mcm maner spm saya mendapat pangkat satu lalu saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading hingga mendapat segulung ijzah yang berharga.sekarang saya berkerja di wisma genting tapi saya bukan kaki judi ataupun bekerja bersama genting.saya bekerja sebagai dealer di ecm libra securities. pejabat saya sungguh cantik sekali dan amat selesa utk tidur atau utk membuat kerja yg berfaedah mahupun tidak berfaedah.
Hari hari saya akan bangun pada pukul 6.30 pagi(rajin tak?) kerana saya terpaksa menghantar anak sedara ke sekolah.tiap tiap pagi saya akan menghantar dia pergi ke sekolah dan selalu saya ketawa sendiri kerana saya teringat kisah zaman sekolah saya sehinggakan anak sedara saya berkata..."chu......chu ok tak?"kisah kisah yg saya tidak boleh lupakan adalah seperti meniup sharpener budak perempuan sehinggakan dia menangis dan selepas itu dia akan membeli yg baru lagik.kisah kedua yg boleh mencuit hati saya ketika diwaktu pagi adalah memijak kasut kawan kawan saya setiap pagi isnin supaya kasut mereka menjadi hitam walaupun hari pertama ke sekolah minggu itu terutama ketika bermain ais krim soda. korang ingat lagu ais soda proton saga buatan malaysia.....wakakakkaka lepas itu kita akan bermain dgn memijak kasut kawan kawan. adakah anda semua masih ingat bahawa permainan di sekolah rendah akan mengikut musim seperti di bulan puasa..penutup oren(sekalah saya panggil mcm tu) atau penutup botol tak kisah la nak panggil apa tetapi itulah yg menjadi kegilaan di bulan puasa kalau tak dapat penutup oren kami akan mencuri batu seremban kawan kawan perempuan.teringat jugak saya ketika dulu sesiapa yg minum air di dlm botol itu dianggap kaya seperti saya tetapi mereka lupa bahawa saya anak guru besar di sekolah itu.(mkn percuma nanti ayahanda aku akan byr).
cuba anda semua renungkan semua zaman anda di waktu sekolah rendah kerana itu akan mendapatkan mood anda di waktu pagi sambil melayan kesesakan lalu lintas.adios

0 Comments:

Post a Comment

<< Home