Wednesday, May 11, 2005

Adam vs Hawa....

assalamualaikum dan selamat tengahari anda semua.....

saya masih di pejabat saya di wisma genting ini.kerja saya pun nampaknya hampir selesai dan inilah kesempatan yang dapat saya penuhi sekarang ini.pejabat saya sekarang ini pun sejuk juga kerana cuaca di luar agak mendung.

semlm kalau anda mahu tahu, selepas saya pulang bekerja saya pergi menemani teman wanita saya bersama kawannya seorang yg baru sahaja putus cinta.kesian la pada awak tapi tidak mengapa kerana kumbang bukan seekor walaupun kumbang itu telah pergi ke bunga yang lain.kesian saya melihat raut wajah kawan teman wanita saya yang agak seperti orang hilang arah dan saya pun yang tidak membeli insurans untuk mulut saya yang seksi ini pun menanyakan perihal mukanya yang hilang arah itu.maka dia pun menceritakan segalanya.hmmm semua benda yang berlaku mmg kita tak dapat menghalangnya.

kepada kaum adam semua,anda diminta menjaga teman wanita anda masing masing kerana mereka ini mempunyai hati yang agak mudah tersentuh terutama ketika mereka bakal menghadapi peperiksaan bulanan mereka iaitu PMS.jadi, tugas berat menanti kaum adam kerana tanpa kita sebagai kaum adam seumpana bunga yg tidak mekar diibaratkan perempuan ataupun kaum hawa.oleh itu, selalulah kiranya kalau kaum adam membuat kejutan kepada teman wanita anda seperti memberi hadiah kejutan dengan meletakkan di dalam bonet kereta atau di dalam kereta...nescaya teman anda pasti tersenyum riang.paling tidak pun anda hanya memberi pesanan ringkas dengan menaip "saya cintakan mu"...sudah pasti mencairkan teman anda dan sudah tentu pesanan ringkas anda akan disimpan oleh teman wanita anda untuk sebagai bukti kelak jika anda bergaduh nanti.wakakkakakkaka aku pun dah tak tahan dgn tulisan aku.............seterusnya kaum adam juga seharusnya menelepon teman anda setiap atau sekerap yg mungkin kerana kaum hawa pasti ingat yg anda teringat kepada mereka.tahniah kepada sesiapa yg selalu membuat perkara ini.seperkara lagi, kaum adam juga disarankan agar memegang tangan kaum hawa anda sebagai pasangan yg dinampakkan bahagia kerana kaum hawa mmg suka dibelai terutama di dalam kereta mahupun di panggung wayang tapi harus ada batasannya.kepada mereka yang membawa kereta manual disarankan menukar kepada automatik dan kepada yg manual dan telah penat utk memegang tgn pasangan anda seharusnya menukarkan kepada manual.

seterusnya, kpd kaum hawa...saya mintak kepada anda supaya jgn bertanyakan soalan soalan berikut......

1. awak sayang lagi ke bekas kekasih awak?
2.siapa yg lagi lawa...saya atau kekasih lama awak?
3.kenapa awak pandang perempuan itu lebih lebih?
4.siapa yg angkat telefon tadi?(kalau ada dipejabat)
5.tempat kerja awak ada perempuan yg cantik tak?
6.saya ni cantik tak?
7.ok ke kalau saya pakai mcm ni?
8.saya nak pakai baju apa mlm ni?(kalau nak pergi tgk wayang)
9.kenapa tak balas khidmat pesanan ringkas tengahari tadi?
10.kenapa cepat sgt?


sampai disini saja tulisan saya..jadi kepada mereka yg sedang hangat bercinta harap mengambil iktibar daripada penulisan saya ini........saya hendak pergi membuat nestum 3+1 perisa madu.addddiooooossssss

15 Comments:

Blogger jennifer said...

kehadapan fai (oh manjanya~),
bolehkah saya memaut awak naik di blog saya? (can i link u up fai?)

1:38 AM  
Anonymous kepalaangin said...

soalan no 1 tuh, soalan yg paling best. it also depends on your story, whether you were the dumpee or the dumper in the previous relship.

1:57 AM  
Blogger Fairul Nizam said...

jennifer:terpulang kepada anda tetapi adakah anda mengenali diri saya ?
kepalaangin: bercerita asal pengalaman kecuali soalan no 10

2:15 AM  
Blogger ATASYA said...

aku sokong bila ko ckp kaum hawa mmg tak sepatutnya berikan soalan2 yg ko dah senaraikan tuh..never talk about your past

6:11 AM  
Anonymous ruicosta said...

no 11: gemok tak bdn saya ni?saya dgn dia mana lagi kurus?hia hia hia..

7:20 PM  
Blogger jennifer said...

tidak mengenali langsung..haruskah saya mengenali terlebih dahulu sebelum memaut saudara ke blog saya? atau "itu semua tak penting"? bleh la eh..? sbb saya dah letak dah pun.. :D

9:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

seterusnya, kpd kaum hawa.mintak kepada anda supaya SELALU CAKAP/TANYA AYAT2 DEMIKIAN ATAU AYAT YG HAMPIR SAMA MAKSUDNYE ......

1. saya sayang SANGAT kat awak!!!!
2.hanya awak saja yg tampan...
3.awak shj yg saya ingin lihat setiap hari..setiap masa..
4.suara awak di telefon sgt merdu..
5.saya tak tgk lelaki lain,saya hanya nak tgk awak shj
6.saya cantik,awak tampan.Kita ni mmg sesuai la
7.saya nak pakai seksi2 utk awak mlm ni
8.saya tak pakai baju mlm ni ok??
9.saya paham awak sibuk di pejabat, saya tak kisah kalau awak balas lambat sms tengahari tadi
10.kita buat lagik 2,3 round ye bang?? sampai penat...

11:47 PM  
Blogger adekmanis said...

No 10 tu ada obatnya

12:53 AM  
Blogger silent reverie said...

bagi kaum adam...

selalu lah memberi kejutan kepada teman wanita anda. dan contoh utk meletakkan di mana hadiah itu sepatutnya berada, bonet kereta itu sudah dikenalpasti. cuba fikirkan tempat yang teman wanita anda tidak akan menjangka.

8:39 PM  
Anonymous Ah-Yue said...

hahaha jahat la awk ni rimau.. saya terasa tau.. :p

1:51 AM  
Blogger sjo said...

muahahahha.. this is a damn good blog.. bahasa sastera BM menusuk kalbu setiap pembaca... memang kebenaran di sebalik setiap ayat tu..

caya broo!!!! hidup kaum adam...

12:39 AM  
Anonymous zaza said...

boleh tak kalau i nak tanyer dier... what happened to your relationship with your ex-girlfriend?

12:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

adakah dalam keadaan sebenar anda seromantik tulisan anda ini..? i wonder.. shian dia.. :P

5:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site...
» »

2:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read »

10:35 PM  

Post a Comment

<< Home