Thursday, May 05, 2005

bicara suria pagi...

assalamualaikum....
hmmmm apa khabar anda semua??nampaknya saya sudah lama tidak mengemaskini blog saya....saya tak ada idea la awak.....saya sekarang ini masih berada di pejabat saya yg masih indah lagi sejuk..terasa ingin tidur pula di pejabat saya tapi apakan daya.....aduss......

pada hari rabu yang lepas, saya bermain futsal di ampang dan saya mewakili pejabat saya bekerja iaitu ecm libra securities dan kami semua terpaksa berdepan dengan musuh baru iaitu vioba dan pada perlawanan itu pihak pejabat saya menang dengan jaringan 10 berbalas 8 dan saya menjaringkan tiga gol masa perlawanan itu.sekalung tahniah juga kepada kawan kawan saya yang menjaringkan gol terutama murid murid yang tak berapa tua sekolah menengah victoria iaitu hairi(first time jaringkan gol).....fazly(gol awak mmg terbaik)......rimau(awak mcm rui costa la..tapi mengapa awak pakai jersi real madrid) dan rogus(awak perlukan lebih latihan) serta basrol(saya dapat melepasi benteng yg diterajui oleh awak).terima kasih anda semua...

saya masih dipejabat saya.pejabat saya hari ini ramai serta kerja juga boleh tahan tapi nasib baik saya pandai mencuri peluang yang hakiki utntuk menulis dlm ruang ini.pagi tadi hujan dan nasib baik saya sempat sampai di pejabat saya..mungkin hari ini hujan rahmat hendaknya.apa lagi yang hendak saya bicarakan dlm ruangan ini...hmmm apa kata kita bicarakan mengenai hari ibu tapi saya kurang idea utk membicarakan kecuali kalau saya singkap perkataan saya dlm puisi yang tidak berapa sedap sangat..terimalah khas utk ibu2 kita semua...


gelora sembilan bulan sukar utk dilafazkan
tatkala sedang menjadikan kami
bulan bulan dihitung kira
menanti kehadiran kami dgn penuh debaran...
tangisan kami membuatkan ibu gembira
gembira melihat kami anaknya sihat selamat dlm kesukaran
ibu kaulah syurga sementara kami...

ibu menitis airmata lagi
bila kami sendiri mula dgn sifat tersenyum riang
bermain jari kami itulah kegemaran ibu
menyusukan kami dgn keringat darah ibu
ibu kaulah rezeki sementara kami

ibu ketawa riang
melihat kami mula merangkak
rangkakkan kami diiringi tangan ibu
ibu teguh memegang tangan kami
jatuh bangun kami ibu dorongkan kudrat mereka
ibu kaulah teman istimewa kami

ibu....
ucapan kata dari kami bukanlah hadiah istimewa
azimat kemarahan mu lebih berharga
untuk iringi perjalanan yang makin sukar
tanpamu ibu..kami pasrah di awalan kehidupan
cium tanganmu kami dambakan setiap pagi
kasih sayangmu umpama ombakan pantai yang senang dilihatkan
walaupun ada pasang surut tapi kaulah ibu yang mendorong impian kami...

ibu....
semalam hari yang kami inginkan untuk esok
esok kami alu-alukan untuk kelmarin
biar hari hari mengadap belaian kasih deritamu
kami anakmu sentiasa tidak jemu untuk santapan
sementara kamu masih wujud...


nukilan:fairul nizam che rus(11.42 pagi)

3 Comments:

Blogger khairi said...

dengan cuaca yg mendung...baca puisi ko....sebak rasanya..grt work
we've been waiting ur update for quite a while now...

9:21 PM  
Anonymous Adu said...

anak emak sungguh awak nih ye? saya pun anak emak juga.

9:36 PM  
Blogger silent reverie said...

saya rasa nukilan awak dlm blog yg serba sopan santun dan penuh tatatertib ini mendapat sambutan lah. kerana ada juga orang yang 'menciplak' idea awak menulis dlm bahasa yg sungguh harmoni ini di dlm blog juga. dan yang paling penting, nama awak juga disebutkan oleh penulis blog demikian. awak tahu siapa yg saya maksudkan?

10:57 PM  

Post a Comment

<< Home