Thursday, March 23, 2006

HARI INI HARI JUMAAT........

hai anda semua...
saya sekarang masih berada di pejabat saya iaitu ecm libra securities yang terletak di wisma genting, kuala lumpur.pejabat saya sekarang ini kekurang orang kerana masing2 mahu menghabiskan cuti untu ktahun kewangan 2005/2006 maka dengan ini saya dalam keadaan amat sejuk.pasaran saham keadaan menunjukkan prestasi yang amat kritikal kerana berada diparas halangan 930 mata maka marilah kita sama sama berharap agar pasaran akan berjaya melepasi halangan 930 mata untuk kebaikan ekonomi malaysia mahunya.

hai anda semua....
hari ini hari jumaat maka semua lelaki yang masih ingat agamanya akan pergi menunaikan solat jumaat. teringat saya sewaktu sekolah dahulu kerana hari jumaat adalah hari yang dinanti nanti kerana kami semua mahu pergi ke a&w untuk minum root beer bersama sama tetapi sebelum itu gelagat semua rerakan soleh saya pasti menggemparkan suasana perjalanan jauh kami menuju ke masjid negara.

hai anda semua.......
hari ini hari jumaat maka waktu makan tengahari kita semua dilanjutkan.ada byk kesempatan yg boleh diambil pada waktu makan tengahari ini terutama golongan hawa yg pasti akan menyerbu pusat membeli belah untuk melihat lihat tetapi hanya pulang dengan beg plastik asam mahupun kuih muih.(sebelum pergi beriya iya mcm nak beli byk barang......cis)

hai anda semua........
hari ini hari jumaat maka jln tar pasti dipenuhi oleh pelbagai kaum dan pastinya tukang karut marut mula menjual pelbagai barang barang yg agak pelik tetapi tidak benar.sebagai contoh pastinya minyak urut untuk kesejahteraan rumahtangga, cincin hikmat sakti,sabun untuk menghilangkan karat,pasti akan ada ialah madu lebah.....pelbagai jenis dan rasa yang datangnya daripada pelbagai pelusuk hutan.......byk juga lebah di malaysia ini kan.

hai anda semua.......
hari ini hari jumaat maka selepas pulang waktu kerja jalan jalan disekitar kuala lumpur pasti akan sesak kerana sebab sebab yang tidak diketahui oleh kita semua apatah lagi polis trafik.yang pasti semua orang mahu pulang cepat......

hai anda semua........
hari ini hari jumaat maka kita akan lihat kaum adam kebanyakkan akan memakai baju melayu tetapi separuh sahaja dan tidak kurang juga yang akan memakai t-shirt ataupun kemeja lengan pendek......pastinya byk kaum hawa akan kelihatan ayu kerana memakai baju kurung...al maklumlah jumaat kan tetapi tudungnya maner????adussssss........

hai anda semua........
semoga anda menggunakan hari jumaat sebaiknya kerana hari yang rasanya semua orang akan ternanti nanti seperti jumaaat ini hari untuk orang "bersuka ria"maka anda sahajalah yang tahu apa kebaikaqn hari jumaat ini....saya mahu turun ke bawah pejabat saya untuk melihat gadis gadis ayu memakai baju kurung..........PEWITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it 985 radar detector mount kit big black girls butts sprzedam xenical Teens butts

5:20 AM  

Post a Comment

<< Home