Tuesday, August 22, 2006

cerita cerita yang saya rindui....

hai anda semua,
saya sekarang berada di pejabat sayas yg terletak di wisma genting.cuaca di luar dalam keadaan mendung seperti menandakan hari mahu hujan.pasaran saham dalam keadaan yang amat tidak memberangsangkan tatkala semua pelabur berada di dlm keadaaan berhati hati untuk petunjuk minat belian menjelang belanjawan pada bulan hadapan.

hai anda semua,
hidup kita penuh dgn nostalgia yang manis mahupun pahit,teringat saya pada zaman kanak kanak ketika televisyen menjadi sahabat kehidupan saya,ketika astro tidak lagi wujud,ketika radio masih lagi di bawah kawalan kerajaan kecuali siaran 97.2fm dgn lagu lagu permintaan dan ketika itu juga saya menanti lagu lagu yang hit untuk dirakamkan melalui kaset kosong,pastinya nanti akan terdengar suara suara latar belakang.saya teringat cerita cerita dahulu yang menghiburkan saya seperti naik tangga turun tangga lakonan rubiah suparman,tidak ketinggalan juga siri opah yang selalu menjadi pedoman kepada kita semua.anda masih ingat lagi dgn siri filem jepun iaitu oshin.perghh......siri ini saya rasa melebihi tabiat pembikinan filem kerana filem ini mengisahkan tentagn seorang perempuan semenjak dari kecil sehingga ke tua,rasanya siri dia pun melebihi 200 episod.

hai anda semua,
saya juga dahulu teringat episod cerita jepun yang menceritakan tentang pemain bola tampar,kalau tidak silap saya namanya meero attack,cerita yang mengisahkan tentang bagaiman pemain bolatampar ini membuat spike yang terbaik dgn dua kali pusingan ala ala gimnastik dan menjadi tunjang kepada pasukan dia.tidak ketinggalan juga cerita siri jepun yg mengisahkan kehidupan pramugari yang berebutkan teman lelaki, ala cerita ini yg ada perempuan seorang yg tangannya palsu dan setiap kali dia minta belas kasihan pasti dia akan menarik sarung tangan menggunakan giginya.

hai anda semua,
pastinya saya juga gemar menonton siri versi inggeris seperti full house yg mengisahkan tiga jejaka yg membela kanak kanak riang,ala kembar yg skrg ni tgh meningkat naik.selain itu, siri my secret identity pasti menjadi pilihan saya yg mengisahkan kebolehan menbuat kerja dgn pantas menggunakan daya luarbiasa yg dia ada.selain itu, cerita bertajuk V pasti menjadi debaran kita semua dgn makhluk luarbiasa yang memakan mangsa seperti jerung tetapi makluk ini wujud di bawah tanah.

hai anda semua,
siri kartun juga tidak ketinggalan seperti woody weckpecker(ejaan tak pasti), telatah kartun smurfs pasti menjadi gelak ketawa kita yang menunjukkan kampung latarbelakang kan byk cendawan cendawan serta kartun yg berunsurkan warna biru.hahaha,saya teringat juga kepada kartun thundercats.....dengan aksi yang lincah serta menarik pasti jua akan saya ikuti,selain cerita satria baja hitam dan gaban yang menjadi tajuk perbualan bersama rakan rakan.anda juga teringat tentang cerita kartun He-Man....manusia gah yang kuat berserta dengan kartun transformer....isssshhh mmg cerita dahulu lagi hebat daripada sekarang

hai anda semua,
kenangan dahulu mengusik jiwa saya, dengan teringatkan cerita cerita yang pernah saya tontonkan dahulu kala pasti akan membuat saya tawa riang.sekian sahaja coretan saya untuk kali ini,saya ingin makan tengahari bersama rakan saya iaitu rimau......zerassssssssssss.......

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

woody wecpeckerrrr.....
hahahahaahaha

woody woodpecker la

11:54 PM  
Blogger kepala_angin said...

cumi dan ciki? heheeh

9:24 PM  
Blogger outkhai said...

siotlaa.. citer jepun yg pramugari tu tangan palsu dia warna hijau kan? kan kan?

3:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

citer pramugari jepun tu chiaki..maner tgn dia hijau..
itu dah cerita V..yang makan tikus tu daaa...

6:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

just curious here..for starting of every blog..tak dek modal lain ke? asyik2 kat office saya di wisma genting..ecm libra securities..berapa kali mau kasik tau daaa

6:57 PM  
Anonymous ninie said...

oh chiaki eh nama cerita tu? puas i tanya sumer org tp dorg x ingat. dulu slalu ponteng kelas ngaji sbb nak tgk citer bola tampar tu.
blog awak ni kelakar lah.

11:24 PM  

Post a Comment

<< Home