Thursday, August 03, 2006

Sepetang di Zoo Negara.....

Hai anda semua,
Saya sekarang berada di pejabat saya yang terletak di wisma genting.sekarang ini jam menunjukkan pukul 9.17 pagi. keadaan di pejabat saya sangatlah sejuk sekali kerana cuaca yang mendung diluar seperti memanggil sang selimut untuk meliputi badan.pasaran saham tidak menunjukkan aktiviti untuk menarik minat belian memandangkan semua pelabur masih menunggu berita berita sensasi untuk belanjawan kelas di september.

Hai anda semua,
pada hari sabtu yang lepas bersamaan 29 julai 2006, saya dan rakan rakan saya telah membuat lawatan sambil tergelak iaitu di zoo negara.aktiviti ini bertujuan untuk meninjau kepelbagaian binatang yang masih ada di zoo negara setelah hampir dua puluh tahun kami tidak menjejakinya. lawatan ini diketuai oleh guru penatia sosial iaitu abg rogus yang segak berambut perang buatan manusia berpakaian lengkap dengan berbaju tshirt serta berseluar pendek dan kasut sukan berjenama adidas.selain rogus,lawatan ini juga diiringi oleh saudara hairi yang kelihatan amat gembira sekali kerana apabila saja sampai dia pergi membeli aiskrim yang nampaknya enak serta lazat.lawatan kami bermula pada jam tiga setengah petang.

hai anda semua,
zoo negara terletak di taman melawati,dengan harga tiket bernilai rm10 anda pasti akan teruja melihat kepelbagaian binatang binatang yang hampir semua ada kecuali ikan jerung,lipas,cicak serta semut walaupun hampir puas kami meneroka kawasan tersebut untuk melihat sendiri binatang terutamanya nyamuk yang dikatakan menjadi musuh utama manusia.keadaan semasa lawatan tersebut disyahdukan dengan deruan hujan yang membasahi tubuh kami pada awal perjalanan kami.dengan nada riang dan gelak ketawa melihat sendiri semua hidupan yang sesetgh bergelar herbivor,karnivor serta omnivor segala informasi yang terkini pada zahirnya ada yang kami kurang pasti namanya pasti akan terubat dengan kenyataan yang telah di jasadkan pada papan kenyataan.

hai anda semua,
gahnya, zoo negara hanyalah indah khabar dari rupa,keadaan kawasan seluas yang nilai kaki persegi saya tidak pasti,sungguhnya tidak terjaga selain kurangnya binantang beserta dengan kurangnya sihat binatnag binatang peliharaan menjadi buah mulut di antara kami terutama hairi yang kian menunjukkan sifat keriangan serta kebolehan membuat lawak lawak yang rasanya diketegorikan sebagai lawak bernas terus menghilangkan syahdu kawasan tersebut.setelah hampir satu setgh jam kami berjalan dengan kederat yang dianugerahkan,kami berhenti makan sambil berhibur di marry brown yang rata ratanya penghuninya kurang daripada populasi binatang binatang di zoo negara selain makanan yang kurang enak pasti akan menganggu siratan makanan manusia seterusnya akan merosakkan ekosistem kemanusiaan.

hai anda semua,
dengan kekecewaan akhirnya terubat apabila melihat sang binatang yang melompat lompat iaitu sang kera dan monyet membuat kami berasa riang seperti udara yang dihela oleh sang pencinta.hairi dan rogus menunjukkan muka yang berbaloi apabila melihat mereka dan aksi aksi lincah mereka yang pastinya lebih lincah daripada pemain bolasepak liga msia.maka kami akhiri dengan senyuman dan tawa riang lawatan sambil bersosial ini.

hai anda semua,
sekian sahaja untuk bingkisan laporan kali ini,saya hendak pergi menghisap rokok......zerasssssssssssssssssssssssssssssssssssss!

5 Comments:

Anonymous saje je menyemak.. said...

ape2 aje la ko ni.. heheh

11:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

Zoo negara dilawati oleh 3 binatang jantan yg jinak di luar kandang tetapi 'ganas' di dalam kandang...hahaha...

8:46 PM  
Blogger Akmal said...

ooo tak ajak

3:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Order ionamin cod conference calling metter ford barnstable probate court divorce email marketing idea Conferencing bedford 20 lcd monitor Answer to complaint for divorce forms in michigan business class airfare discounted flights zagreb http://www.topamax-26-kidney-stones.info/Keyword-klonopin-vs-xanax-shop-baikalguide.html mercedes benz c class accessory http://www.ativan-lorazepam.info/ativan_compounding.html

10:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it answering services Evista bone melabrolan

4:29 PM  

Post a Comment

<< Home