Tuesday, August 15, 2006

TELENOVELA...BBGS VS VICTORIA INSTITUTION

hai anda semua,
saya sekarang berada di pejabat saya yang indah permai di wisma genting.cuaca yang mendung diluar membuat kan mata saya ingin terpejam tatkala pasaran saham masih tidak menunjukkan daya tarikan yang padu untuk para pelabur membuat pelaburan,dalam erti kata lain para pelabur masih lagi menunggu reaksi positif tentang belajawan serta etika politik yg melanda negara kita.

hai anda semua,
girang ertinya gembira,dengan keadaan cuaca yang mendung diluar seperti melambai lambai kenangan yang kiranya bisa menggamit dalam kehidupan kita yang meningkat dewasa, telenovela yang agak tragis serta gembira pasti akan menghiburkan kita semua hendaknya.telenovela ini berlaku kira kira 14 tahun yang lepas ketika kami kumpulan gagak hitam biasanya terdiri daripada golongan golongan yang kacak seperti hairi(ketua kumpulan ala ala faizal hussein dlm gila gila remeja cuma tak reti tunggang motor je),saya sendiri, hairul yang setia untuk diminati,fazly yang masih menunggu cinta sejati,zarouk dengan kenakalan seperti adik manja serta yang lain lagi.

hai anda semua,
kisah hairi pasti mencuit sanubari di ruang kehidupan kita semua.seorang lelaki yang gah di puja, mempunyai ciri ciri lelaki idaman seperti di lagukan oleh melly goeslow, mula mengenal cinta bersama bunga yang sedang enak berkembang di perkarangan sek bukit bintang(skrg telah menjadi tapak pembinaan) iaitu farhana.cinta mula berputik segar apabila si gadis ini telah perkenalkan kepada hairi oleh saya sendiri kerana ketika itu hati saya dipegang oleh bunga yang berada di taman tun.dari perkenalan membawa kepada cinta,dari cinta membawa kepada sayang sehingga masing masing seperti hidup di alam yang dipenuhi oleh bunga bunga cinta,percintaan mereka menjadi runcing apabila kedua dua mereka menaiki bas sekolah yang sama,dalam erti kata lain sentiasa bermadu kasih,cinta dan rindu.tilikan kami semua jika jodoh mereka panjang,akan ku ijabkabulkan mereka di dlm bas sekolah itu juga.hairi menjadi pencinta yang setia,segala pengorbanan yang wajid dilakukan oleh kaum adam, pasti dilaksanakan apatah lagi tajuk percintaan mereka menjadi bualan hangat antara pendengki pendengki.farhana,gadis riang,manja pasti membuat kita semua syahdu kelayuan apabila melihat wajahnya,digandingkan bersama dengna lelaki anak manja iaitu hairi,kata orang bagai pinang dibelah dua tetapi pepatah sekarang mengatakan bagai telefon dengan bimbit yang tidak pernah terlepas dari bimbitan kita.

hai anda semua,
dunia percintaan amat indah untuk diabadikan, malah lebih senang untuk di curigakan, tatkala percintaan mereka ini, mereka dipisahkan dengan halangan yang besar iaitu hukum alam yang biasa kerana hairi bersekolah di watu pagi,malah farhana bersekolah di waktu petang,maka si hairi iaitu hero yang gah dgn kehebatan kata manis, sanggup bercuti atau erti kata lain, ponteng tanpa izin,malah kelibat hairi akan pupus selepas waktu rehat.(sanggup kau ponteng sek bro?).nah!seperti saya jasadkan sebentar tadi,cinta mereka ini mmg gah dgn romantik,sombong dengan perasaan malah pasti hangat dengan perasaan....si hairi juga sanggup untuk menulis sajak untuk si farhana dan begitu juga sebaliknya(yg ini aku tambah perisa sikit).

hai anda semua,
kita sangka kan hujan sampai ke malam untuk tidur yang lena malah takdir tuhan menyatakan hujan berhenti di petang hari,cinta mereka mengalami pergolakan krisis normal iaitu si bunga di mula berubah sikap apatah lagi si bunga mula menjadi gah kerana kecantikan yang bersifat sementara.hairi mula sedar akan cinta,kasih dan sayang yang dinobatkan bersifat fana, si hairi mula tersentak dgn sikap yang manja dan rindu bersifat sifar, maka hairi mula menyanyi lagu janji tinggal janji yang dipopularkan oleh kumpulan kru.rindu menjadi sengsara,senyuman menjadi tangisan,cinta menjadi benci..itulah adat percintaan manusia biasa,segala pujuk rayu telah dikatakan,segala kenangan manis mula diungkit,selaga janji janji mula diminta balas,maka si hairi sedar yang cinta itu milik orang lain

hai anda semua,
manusia akan serik jika terpatah tangan,manusia akan insaf bila membuat dosa,manusia akan menangis bila sedar apa itu sedih,tetapi manusia tidak pernah serik jika putus cinta, hairi melalui liku liku kehidupan seperti biasa dan sekali lagi hatinya terpaut kepada wanita yang masih sekolah yang sama iaitu di beri nama katrina(nama awek dia mmg na na kat belakang).wanita ciri ciri pakistan ini membuatkan hati cair seperti minyak sapi,dengan senyuman yang menawan,dengan rambut yang panjang,gah untuk diperawekkan.kathrina mula jatuh cinta dengan perbualan telefon hairi,apatah lagi setelah berjumpa teruna yang memiliki segala galanya termasuk pakaian yang berjenama billabong,rip curl, quicksilver dan pelbagai lagi pasti membuat jelitawani angkuh melihat.

hai anda,
sekali lagi, cinta mereka terpaksa dikuburkan kerana katrina memiliki sifat tamak bercinta,padah menanti apabila saya menjadi mangsa membawa hairi menaiki kereta ke rumah katrina walapun daripada segi umur saya tidak memiliki lesen yang sah.maka sekali lagi hairi menjadi mangsa hati terluka buatan orang maka sekali lagi nyanyian lagu janji tinggal janji menjadi siualan kami apabila pulang ke sekolah berjalan kaki daripada vi ke bus stand klang,nyanyian merdu telesuk di hati hairi dan sekali sekala hairi menitiskan air permata tanda sedih terkenang orang yang di sayangi...

hai anda semua,
sekian sahaja cerita saya mengenai kehidupan yang menjadi gelak ketawa kami sekarang,saya ingin pergi menghisap rokok di bawah,pastikan anda menanti telenovela bahagian dua iaitu cbn vs victria institution.......zerassssssssssssssssssssssssss

3 Comments:

Anonymous end said...

sedap.... tulis lagik...

3:14 AM  
Blogger Akmal said...

Malwi disini,

Berapa byk blog dah? mana satu yg nak tgk ni friendster ke or yang blogger ni

3:10 PM  
Anonymous Anonymous said...

Lawak betul lah kawan kita sorang tu!!! Aku forward kat azie sure dia tergolek golek!!



Teringat aku zaman zaman dulu…damn! Those were really good times!! The number of stupid/naughty things we did back then was unbelievable…and really it was all no worries macam happy go lucky je….break up pun break up lah, tau on sat lepak somewhere. Tapi at that time tu rasa macam risau banyak benda gila babi!!!



Form 3 form 4 lah paling bes…I think form 5 different kind of best, semua org pun dah macam serious sikit

8:15 PM  

Post a Comment

<< Home