Tuesday, August 15, 2006

TELENOVELA.....CBN VS VI

Hai anda semua,
saya sekarang berada di pejabat saya yang terletak di wisma genting iaitu ecm libra avenue securities.mendung diluar membuatkan saya lemah tanpa bicara sama seperti pasaran saham malaysia yang aktif hanya di awal pagi memandang laporan cpi akan dinyatakan lewat tengahari ini.

hai anda semua,
semlm kita bicara tentang awal kehidupan percintaan hairi, malah hari ini akan saya teruskan tentang bibit bibit percintaan nya yang penuh onak serta duri.selepas gagal bercinta dengan wanita wanita di sekolah bbgs, hairi mengorak arus untuk melangkah ke sekolah yang terkenal iaitu convent bukit nenas atau lebih tepat lagi cbn. sekolah yang terletak berhampiran dengan st john ini pasti membuatkan hairi lebih berhati hati memandangkan takut bunga yang akan disunting sudah menjadi "hamba" kepada pelajar sekolah st john ini.

hai anda semua,
bibit bibit percintaan hairi di cbn bermula dengan wanita yang diberi nama ziza, sungguh cantik rupa paras seperti sharifah haslinda semasa awal remajanya.permulaan babak percintaan ini sebenarnya bermula dengan cinta segiempat tepat iaitu antara hairi,fana(bbgs jua),ziza serta cyrus(mat roti john).cinta segiempat tepat disini di definisikan kerana mulanya hairi sedang ingin bercinta bersama fana(skrg sudah berkahwin) dan ziza mula keluar bersama cyrus, dijadikan cerita untuk di adaptasikan dalam realiti, mereka berempat bertukar pasangan tanpa disedari iaitu apabila ziza mendapat tahu bahawa cyrus mula keluar bersama wanita idaman hairi iaitu fana maka dengan gah si ziza pun berkenalan dengan hairi pada waktu yang sama.masih terngiang dalam sanubari saya apabila berjumpa pertama kalinya saya berjumpa ziza ini di rumah hairi dengan tujuan rumah terbuka hari raya, ziza menangis sedih di sudut rumah hairi kerana mendapat tahu yang cyrus sudah dimiliki oleh fana.nah, tangisan sedih dianggap rahmat oleh hairi kerana hairi bertindak menjalankan peranan sebagai lelaki sejati.sebelum terlupa, inilah pertama kali dalam hidup kami,remaja victorian dipaksa memakai baju melayu berserta sampin untuk menghadiri rumah terbuka ini.(khairul paling over kan?)

hai anda semua,
fana merupakan seorang gadis remaja yang menjadi kegilaan remaja melawati,vi serta st john,gah dengna sifat yang sempurna seperti pandai,cantik dan diketegorikan gadis kedua tercantik di bbgs, sifat hairi sanggup melihat fana di hari sukan untuk melihat gaids sunti ini menarik sorak serta tidak lupa juga dengan hairul dengan gaya memakai subang serta topi berjenama billabong sampaikan kami dibertiga disyaki pendatang asing tanpa izin(PATI).
maka,dipendekkan cerita, mula satu episod baru dalam kamus percintaan hairi kerana beliau berjaya menawan hati ziza,gah bersama sama dengna kepandaian,saling bertukar surat,berjumpa di mcd central market,malah ditambah perisa dengan kehadiran sokongan padu oleh kak yoh iaitu seorang daripada ahli ahli kumpulan kami yang tidak rasmi,setiap hari bakal mengeluarkan kata kata cinta,rindu mereka terubat dengna berpegangan tangan malah cinta yang terhebat wujud dlama hati dua insan bernama hairi dan ziza.

hai anda semua,
jadinya manusia untuk kita tahu tentang sang pencipta,cinta yang wujud milik kekal haknya untuk DIA sahaja,kegemilangan serta kejayaan cemerlang hairi dalam spm terus menjadi nadi kesempurnaannya,seperti yang dihebohkan dalam novel cinta.sebegitu jua ziza,terus cemerlang dengan kejayaan sempurna dalam spm,alam dewasa terus mereka langkah dengan jaya tanpa tahu halangan yang bakal dihidangkan.hairi berjaya mendapat mandat di upm dalam bidang perniagaan dan ziza cemerlang untuk merealisasikan hasrat menjadi seorang doktor dan mendapat pas kemasukan di um.pastinya di saat dan ketika, terdetik di hati saya yang hairi dan ziza pasti membina mahligai yang berumahkan impian,bertanggakan kasih sayang dan diceriakan dengan keluarga.

hai anda semua,
cinta pelik untuk ditaksirkan,malah pelik untuk dikatakan serta payah untuk dikatakan,amaran yang lepas tidak serik untuk diinsafkan, percintaan mereka dilanda badai di akhir akhir waktu kejayaan,sekali lagi tercalar dan terguris kawan saya yang sentiasa tenang untuk dikatakan,begitu jua cekal hairi melangkah arus dunia yang pasti membuat kita sedih menghadapinya tetapi tersenyum mengingatinya.......

hai anda semua,
telenovela saya sampai di sini jua,pastikan anda terus menunggu waktu untuk saya coret serta sejarahkan kisah telenovela seterusnya iatu mengenai hairul yang terkenal di zon sri aman.saya hendakbersiap untuk waktu makan tengahari ..zerasssssssssssssssssssssssss

2 Comments:

Blogger Akmal said...

Malwi disini,

Sambil memikirkan apakah strategi fairy shamaluddin (bkn nama sebenar) untuk menangkis segala tuduhan, terbaca satu lg episod telenovela yg boleh diangkat sama hebatnya dgn kisah siri betty la fea(aku tunggu smpi abis episod baru apply keja)indah tp pelik dr saudara fiveroll.

Sambil memikirkan apakah strategi negarawan agung Tun, indah sungguh percintaan ni yek?

Sambil memikirkan FKLI yg tgh tak tentu arah, banyak betul pasangan (dgn izin) trial and error.

Sambil memikirkan saham greensacket (bkn nama sebenar) yg gah naik, Tp malangnya kenapa tidak ada cerita tentang keindahan sesebuah percintaan dan kemudian berjaya ke pertunangan?

Sambil memikirkan knp ade org sanggup setia kpd fairy shamaluddin, bknkah diiktiraf sebuah kejayaan sekiranya sudah berjaya ke stage pertunangan kemudian perkahwinan.

Kepersisan dan kejituan cerita ini boleh diragui seperti meragui kredibiliti fairy shamaluddin yang boleh dipersoalkan namun siapalah saya, mungkin fiveroll mempunyai bukti rakaman video or suara tentang kisah hidup percintaan org lain.

Sampai disini sahaja komen saya, dgn penuh takzim dan tulus hati rendah diri mohon maaf sekiranya apa yang dibibitkan tadi mungkin mengguris perasaan individu.

Saya akan terus memberi komen, sbb semua gambar dalam telenovela saya bertajuk "sapa nak dgr rintihan aku" (7 episod) gagal ditangkap dgn kemas oleh saudara fiveroll.

Assalamualaikum jumpa lagi

11:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

another masterpiece from fairul....

7:20 PM  

Post a Comment

<< Home